Hibah Takaful: Manfaat yang dituntut oleh waris boleh membantu perbelanjaan keluarga

hibah-takaful

Apakah perancangan kewangan anda untuk masa hadapan? Pada zaman yang kian mencabar ini, ilmu kewangan sangat penting untuk dipelajari bagi memastikan kita dapat menilai, merancang dan menguruskan perbelanjaan kita dengan lebih baik supaya dapat memiliki harta seperti kereta, rumah dan lain-lain harta tanpa menjejaskan status kewangan.

Sebenarnya ilmu kewangan bukan sahaja penting untuk diaplikasikan semasa kita masih hidup. Ilmu ini sangat penting dari aspek perlindungan harta selepas berlakunya kematian.

Apabila kita meninggal dunia 3 instrumen yang akan digunapakai untuk proses pengagihan harta iaitu, hibah, faraid dan wasiat.

Kebanyakan perunding kewangan akan mencadangkan agar kita melanggan polisi takaful sebagai perlindungan kerana hibah takaful mempunyai kelebihannya tersendiri dalam pengurusan dan pengagihan harta selepas kematian kita.

Takaful adalah suatu skim yang berdasarkan prinsip ta`awun, iaitu memberi bantuan bersama. Skim ini memberikan perlindungan bersama dan menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian. Ia patuh syariah kerana semua pelaburan syarikat takaful adalah patuh syariah dan berada dibawah pengawasan panel syariah yang dilantik.

Hibah pula adalah pemberian secara sukarela kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang bentuk balasan terhadap si pemberi. Boleh diberikan kepada sesiapa sahaja walaupun penerima hibah itu bukannya waris. Harta yang dihibahkan, akan terkeluar dari kategori harta pusaka dan tidak akan diagihkan kepada waris mengikut hukum faraid.

Disini kita bukannya mengatakan hibah adalah instrumen terbaik. Sebenarnya 3 instrumen ini saling melengkapi antara satu sama lain. Cumanya dari segi faktor teknikal prosedur dan birokrasi, hibah takaful cepat diproses berbanding prosedur pengagihan harta secara faraid dan wasiat. Ini kerana hibah takaful merupakan harta yang tidak dibekukan.

Apabila meninggal dunia, akaun bank, ASB dan sebagainya akan dibekukan, akan tetapi polisi takaful tidak. Oleh itu, proses penerimaan hibah akan dilakukan dengan segera mengikut tempoh yang ditetapkan oleh polisi takaful yang telah diambil oleh si mati tersebut.

Ini sangat membantu apabila hibah takaful dari permberi hibah yang meninggal dapat disalurkan dengan kadar yang segera kepada waris terdekat seperti pasangan si mati dan anak-anak. Dengan itu, dapatlah sedikit sebanyak meringankan beban kewangan seperti:

- kos sara diri
- kos anak kecil
- kos persekolahan
- pinjaman kereta dan rumah

Jadi, konsep hibah ini dapat membantu pada mereka yang ada keperluan untuk membela pihak yang memerlukan bantuan seperti mereka yang hanya memiliki anak perempuan dan yang mempunyai anak angkat sahaja. Selain itu, mereka yang bujang sebatang kara atau mereka yang tidak mempunyai anak juga boleh menggunakan konsep hibah ini untuk mengagihkan harta mereka kepada penerima hibah pilihan mereka.

hibah takaful untuk anak

Melalui hibah, tiada had pemberian harta yang ditetapkan. Jika menggunakan instrumen wasiat, harta yang diwasiatkan tidak boleh melebihi 1/3 daripada harta pusaka manakala dalam faraid, mengikut kadar-kadar tertentu seperti yang telah ditetapkan dalam Al-Quran. Hibah pula tidak mempunyai had jumlah yang perlu dipatuhi. Dengan itu, kelebihannya adalah pengagihan harta dapat dilakukan mengikut niat dan pertimbangan pemberi hibah berdasarkan keadaan ekonomi semasa waris-waris. Oleh itu, pemberi hibah dapat mengagihkan hartanya kepada waris yang lebih memerlukan atau waris yang lebih berat memilkul tanggungjawab dalam menjaga ahli-ahli keluarga yang lain.

Terdapat banyak kes-kes yang berlaku melibatkan pertelingkahan antara waris-waris menyebabkan proses pengagihan harta memakan masa bertahun-tahun. Ditambah pula dengan perkara yang melibatkan prosedur dan birokrasi yang sememangnya akan melambatkan proses pengagihan harta.

Sementara itu, bagaimana pula keadaan anak-anak dan pasangan kepada yang baru meninggal itu? Mujurlah dengan hibah takaful, proses tuntutan tidak perlu melalui proses pentadbiran yang rumit sepertimana yang perlu dilalui dalam proses pembahagian harta secara faraid. Oleh itu, harta dapat diagihkan dengan lebih cepat pada waris dan juga pihak yang lebih memerlukannya.

Sebagai penutup, kita perlulah bijak merancang dengan teliti dalam aspek pengurusan harta kita. Gunakanlah kelebihan hibah takaful sebagai perlindungan buat keluarga tersayang kerana banyak masalah pengurusan yang mungkin timbul boleh diselesaikan dengan cepat dan tanpa konflik melalui hibah. Mudah mudahan iktihar tuan puan melalui hibah dapat membantu terutamanya pada mereka yang lebih memerlukan.

azita takaful terbaik azita takaful terbaik
Home | Blog © 2025 Azita Shari
Ejen Takaful Kesayangan Anda
Saya harap tulisan ini dapat memberi manfaat kepada anda. Jika anda nak khidmat nasihat kewangan dari Azita, klik sini.